ARTIKEL

Beberapa buah motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan di BSPT IPD Marudi untuk pemeriksaan.

Ops Motosikal: 20 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Sebanyak 20 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal yang dijalankan di sini semalam, atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersama-sama pegawai dan anggota dari unit lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi itu dijalankan di Pekan Marudi, Kampung Pemindahan, kawasan Kubu Marudi, Dataran Marudi dan juga Jalan Stadium.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak 23 motosikal ditahan dan 20 daripadanya dikeluarkan saman atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak enam saman dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, dua saman tiada nombor pendaftaran, lima saman ekzos bising, satu saman nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, dan masing-masing tiga saman yang melibatkan kesalahan tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Mohd Ruslan, kebanyakan menunggang motosikal tanpa memiliki lesen dan tidak memasang cermin sisi.


Pada masa yang sama, beliau menasihatkan semua penunggang motosikal mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram serta aksi berbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain.

Beberapa buah motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan di BSPT IPD Marudi untuk pemeriksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU