Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Ops Samseng Jalanan: 18 motosikal disita, dua ditahan positif dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Sebanyak 18 motosikal disita manakala dua ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang dilancarkan secara bersepadu oleh Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sarikei , di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, operasi yang turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu merangkumi enam lokasi utama iaitu Jalan Repok, Permai, Merudu, Meruton, Nyelong By Pass dan Pasar Sarikei.

Menurutnya, operasi yang bermula pada 9.30 malam sehingga 2.00 pagi itu melibatkan 27 anggota dan lima pegawai trafik selain 11 anggota JPJ.

“Antara kesalahan dikenal pasti adalah tidak mempunyai lesen, ubah suai motosikal serta cukai jalan tamat tempoh.

“Dua ditahan kerana kerana positif dadah. Pada masa yang sama, polis turut menyita 18 buah motosikal selain mengeluarkan sebanyak 28 saman. Secara keseluruhan, sebanyak 85 buah motosikal diperiksa dalam operasi ini, ” katanya kepada media hari ini.

Katanya, motosikal yang disita telah dibawa ke IPD Sarikei untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 12 saman dikeluarkan Polis Trafik dalam Ops Mabuk yang dilancarkan pada malam Sabtu.

Baca lain  40 usahawan akan sertai Karnival Usahawan IKS Sarawak Bintulu 2019

Dalam operasi itu katanya, Polis melakukan pemeriksaan ke atas 50 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk motosikal, kereta, pacuan empat roda dan lain-lain.

“Pada masa yang sama, seramai 56 orang disaring dan hasil pemeriksaaan itu, seorang buruh berusia 22 tahun didapati positif alkohol. Kes ini dirujuk kepada pihak mahkamah,” katanya.

Beliau menegaskan, usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan mengesan mereka yang melakukan kesalahan demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Kita akan mengadakan lebih banyak operasi seperti ini supaya dapat mengurangkan bilangan samseng jalan raya dan pemandu mabuk,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru