SARIKEI: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Muara Sungai Payang diteruskan hari ini.
Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, operasi melibatkan kerjasama antara bomba, polis dan penduduk kampung.

Tumpuan lokasi di sekitar lokasi kejadian namun setakat ini, pihaknya masih gagal mengesan mangsa Aziz Yusuf, 43.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika cuba menyelamatkan perahunya.
“Operasi dilakukan dari muara hingga ke hilir sungai dan ditangguhkan pada jam 7.13 malam kerana keadaan gelap sebelum disambung semula hari ini,” jelasnya