Trending

Ops SAR lelaki jatuh sungai Tatau diteruskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pasukan SAR meneruskan operasi penyelamatan yang masuk hari kedua.

BINTULU: Operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ke dalam sungai di jeti Sungai Tatau sejak Ahad lalu diteruskan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi turut dibantu pasukan Polis dan penduduk kampung.

Pasukan SAR meneruskan operasi penyelamatan yang masuk hari kedua.

Operasi Mencari dan Menyelamat  (SAR) hari kedua, ditumpukan pada sektor B iaitu dari lokasi berlakunya kejadian sehingga ke jambatan Tatau.

“Kita juga melakukan pencarian di sekitar sektor C iaitu dari Jambatan Tatau sehingga ke hilir sungai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut keterangan adik ipar mangsa yang merupakan saksi kejadian, mangsa Iharani Kassim, 36, dikatakan jatuh ke dalam sungai pada jam 11 malam.
 
Sementara itu, Bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.15 pagi keesokan harinya sebelum melancarkan operasi penyelamatan.  

“Pencarian turut dilakukan oleh ahli keluarga mangsa namun masih belum dijumpai.

Pakaian terakhir mangsa ketika kejadian hanya menggunakan seluar jeans berwarna biru,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru