HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Ops SAR lelaki terjun Jambatan Igan diteruskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PASUKAN SAR ketika melancarkan gerakan mencari mangsa.

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Igan pada petang Isnin memasuki hari kedua, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diketuai TPgB II Abdul Mutalif Ja’afar telah terlibat dalam operasi tersebut.

Agensi lain yang terlibat, katanya, ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai tujuh orang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu juga tujuh anggota.

PASUKAN SAR ketika melancarkan gerakan mencari mangsa.

“Identiti mangsa yang dilaporkan hilang itu ialah Kong Sien Chei berusia 50 tahun.

“Pasukan SAR menjalankan operasi pencarian menggunakan kaedah carian permukaan di sekitar tebingan Sungai Igan dalam radius 10 kilometer ke hulu sungai dan masuk ke Sungai Rejang,” ujarnya.

Terdahulu pada Isnin, BBP Sungai Merah telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 5.15 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki bertindak terjun dari Jambatan Igan.

Dua saksi berhampiran kawasan itu berkata, mereka melihat seorang lelaki memakai baju-T warna merah dan seluar gelap jatuh ke dalam sungai dan ternampak mangsa terkapai-kapai di tengah sungai hanyut ke bahagian hulu Sungai Igan.

Sebuah motosikal juga ditemui di atas jambatan. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru