ARTIKEL

Ops SAR mangsa hilang di Batang Paloh diperhebatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan masih hilang di Batang Paloh terus diperhebatkan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi yang memasuki hari ketiga itu dibahagi kepada dua sektor utama. 

“Sektor pertama lapan buah bot menghala ke bahagian hilir empat buah bot kiri dan empat bot kanan pada radius pencarian 10 kilometer (km),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliang Ajah, 53, dipercayai ke kawasan yang terkira-kira 30 minit perjalanan bot dari Rumah Panjang Berangan itu seorang diri sebelum dilaporkan tidak kembali ke rumahnya hingga lewat petang.

Susulan itu, isteri mangsa yang bimbang dengan keselamatan suaminya bergegas mendapatkan bantuan orang kampung untuk melakukan pencarian.

“Dalam pada itu, penduduk turut membantu mencari mangsa namun gagal sehingga terpaksa menghubungi pasukan keselamatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Ops SAR turut disertai Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Coastguard, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU