Ops Ubah Suai Ekzos bermula Mac ini, pesalah bakal didenda RM2,000 atau penjara

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bakal mengadakan Ops Ubah Suai Ekzos menyebabkan bunyi bising di seluruh negeri Sarawak, bermula 1 hingga 14 Mac depan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu akan dijalankan secara bersepadu bersama agensi-agensi lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar Sarawak(JAS).

Menurutnya menerusi operasi tersebut, mana-mana kenderaan seperti motosikal dan kereta akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan.

Tegasnya, pihak polis dan JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik kenderaan sekiranya paras bunyi didapati melebihi daripada yang ditetapkan.

“Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959 (LN 170/1959).

“Individu yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak