ARTIKEL

Lelaki 44 tahun dilapor hilang, polis mohon bantuan orang ramai.

Orang ramai diminta bantu kesan Mohd Azizul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang sejak 14 Julai lalu dan memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Balai Polis Kota Samarahan menerima laporan mengenai kehilangan lelaki berkenaan pada kira-kira jam 9.28 pagi tadi.

Beliau berkata, individu yang hilang dikenali sebagai Mohd Azizul Median, 44, berbangsa Melayu.

“Menurut laporan, kali terakhir mangsa dilihat pada kira-kira jam 3.30 petang, 14 Julai lalu di No. 84, Kampung Pinang, 94300 Kota Samarahan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai keluar menaiki motosikal Honda Wave berwarna merah bernombor pendaftaran QAA 5744 B.

“Ketika dilaporkan hilang, mangsa memakai T-shirt berwarna putih.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Mohd Azizul diminta menghubungi Balai Polis Kota Samarahan di talian 082-662101, Bilik Gerakan IPD Kota Samarahan di talian 082-662300 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU