Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Orang ramai yang mempunyai maklumat dua lagi tahanan Penjara Puncak Borneo masih bebas dikehendaki memaklumkan segera kepada pihak polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PADAWAN: Tiga pasukan operasi merangkumi Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, Pasukan Gerakan Am, dan Pasukan Pengawal Penjara kini diatur gerak dalam menjejaki dua tahanan yang melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata operasi dalam usaha menjejaki kedua-dua tahanan terbabit telah pun dilakukan menerusi Ops Tutup dengan fokus kepada beberapa lokasi di kawasan berhampiran penjara.

Tegasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan setelah pihaknya menerima laporan mengenai tahanan melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo.

Jelasnya, berdasarkan laporan kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.11 petang apabila keempat-empat tahanan yang ditahan di pusat transit penerimaan penjara melarikan diri melalui tingkap tandas ruang tamu ke arah kawasan hutan.

“Operasi menjejak tahanan masih berlangsung dengan seluruh kekuatan IPD Padawan bersama kekuatan daripada Pasukan Gerakan Am ‘Tiger Platoon’ Briged Sarawak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta untuk menghubungi segera bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233,” katanya hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk