ARTIKEL

ORANG tersayang atau DIRI SENDIRI?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MINGGU lepas saya meluangkan masa bersama-sama rakan — pegawai keselamatan bahagian jurutera di sebuah syarikat antarabangsa.

Antara topik utama kami adalah tentang kerjayanya.

Sebagai wanita yang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat pasti dilalui dengan pelbagai cabaran dan boleh mendatangkan tekanan.

Namun, dia tidak juga mahu berhenti atau membenci kerjayanya, hanya sekadar ingin meluahkan perasaan bahawa apa-apa yang dilaluinya adalah sukar.

Semasa di kedai makan, kami memilih menu, katanya dia berdiet dan mengelak makanan tinggi kalori.

Namun, pada yang sama dia mahu makan kek.

“Kek atau salad?” tanyanya kepada saya. Saya menjawab; jika kek membuat kamu gembira dan salad membuat kamu terpaksa kerana ingin sihat, maka yang baik untuk kesihatan mental ialah kek.

TEKANAN

Tentang tekanan di tempat kerja mungkin boleh dilupakan sebentar dengan sepotong kek.

Jangan menahan diri untuk sesuatu yang mungkin boleh membantu kita untuk senang hati.

Mengapa kesihatan mental lebih utama?

Kerana ia mempengaruhi emosi.

Jika mental dan emosi sihat, pasti kerja hari esok boleh dilalui dengan senang hati.

Bercakap tentang kesihatan mental dan emosi, saya mempunyai seorang kenalan di media sosial.

Suri rumah tiga anak dan salah seorang anaknya, autisme, manakala suaminya pegawai kerajaan.

Dia memuat naik hantaran: “Saya mendapat tawaran pekerjaan di sebuah agensi kerajaan, adakah saya patut menerima atau menolak?

Saya risau tiada yang menjaga anakanak saya”.

Ternyata, dia dalam dilema untuk menjaga anak-anak atau bekerja untuk mempunyai pendapatan sendiri dan boleh membantu pendapatan isi rumah.

Tidak lama selepas itu, dia mengemas kini hantaran dan mengatakan, selepas perbincangan bersama keluarga dan suami, dia memilih untuk menolak tawaran tersebut.

“Ngenang anak-anak”. Itu antara sebab utama dia menolak tawaran tersebut.

Mungkin boleh disimpulkan, kurangnya kesedaran kesihatan mental dalam masyarakat kita.

Penting untuk meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan.

Jika mental terganggu selepas menolak tawaran tersebut, adakah ia dikategorikan sebagai mental tidak sihat bagi ibu kepada anak-anaknya?

Dapatkah dia selamanya menyembunyikan perasaan kesal itu selama-lamanya?

Adakah peluang itu datang untuk kali kedua?

Berfi kirlah dengan bijak untuk mengutamakan diri sendiri dalam membuat keputusan melibatkan kesihatan mental.

Keputusan untuk mengutamakan diri sendiri atau orang lain bergantung kepada situasi.

Beberapa faktor yang dapat memengaruhi keputusan ini meliputi: Kesihatan dan keselamatan: Dalam situasi darurat atau ketika kesihatan dan keselamatan sendiri atau orang lain terancam, seharusnya mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu.

Jaga diri untuk membantu orang lain.

Empati dan keperluan orang Lain: Dalam beberapa situasi, seperti membantu kawan atau anggota keluarga yang memerlukan sokongan, mengutamakan orang lain boleh menjadi tindakan yang tepat.

Keseimbangan: Menemukan keseimbangan antara menjaga diri sendiri dan membantu orang lain menjadi kunci untuk menjaga kesihatan mental dan emosi.

Terlalu banyak mengorbankan diri sendiri untuk orang lain atau sebaliknya boleh mengakibatkan stres dan ketidakseimbangan.

Konteks budaya dan nilai pribadi: Nilai budaya, agama, dan kepercayaan peribadi juga dapat memengaruhi keputusan.

Beberapa budaya mungkin mengajar untuk lebih mengutamakan orang lain atau sebaliknya.

Jadi, tidak ada jawapan yang benar atau salah dalam situasi ini.

Penting untuk mempertimbangkan konteksnya.

Sering kali yang terbaik ialah mencari keseimbangan antara merawat diri sendiri dan membantu orang lain.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial