ARTIKEL

Orang tidur, saya berkarya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JEMAT Gani, lebih dikenali dengan nama penanya Tok Ugak dan Izz Zaki, seorang pendidik yang turut terserlah bakatnya sebagai penulis karya sastera.

Beliau pernah menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Sarjana Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).

Kini beliau bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Asajaya Laut.

Puisi, cerpen dan skrip drama radio antara karya kegemarannya.

Beliau memilih genre tersebut, terutamanya sajak, kerana penulisan dalam puisi terlalu puitis.

Katanya, “Sesuatu yang puitis dilontarkan kepada pembaca amat berkesan.”

Jelasnya, puisi sentiasa diolah secara kreatif dan kritis sejajar dengan curahan ilham.

“Puisi yang dibina adalah susunan bicara untuk melontarkan kritikan, nasihat dan buah fikiran.

“Peranan puisi juga untuk memupuk semangat patriotisme terhadap bangsa, agama, maruah dan tanah air,” katanya.

Mula meminati dunia seni seawal sekolah rendah dan ketika masih di tingkatan satu. Seni semakin diminati apabila beliau menyumbang puisi dalam majalah sekolah iaitu Suara Saribas.

Hebatnya beliau kerana pada usia, pernah juga memenangi pertandingan untuk karya puisi dan cerpen di peringkat sekolah menengah.

PROSES BERKARYA

Setiap penulis atau pengkarya menghasilkan karya dengan cara yang berbeza-beza kerana dipengaruhi gaya dan emosi pengarang.

Baca lain  SHAHRIL graduan TVET berkualiti bidang elektrikal

Bagi Jemat, karya-karyanya banyak dicipta ketika terdorong untuk berkongsi sesuatu secara berseni.

“Ketika dorongan dan keinginan itu muncul, tercipta suasana yang memungkinkan untuk melanjutkan keinginan dengan penuh ilham.

“Luahan perasaan itu diluahkan secara bersendirian di suatu alam.

Alam berkomunikasi dengan diri sendiri.

Dalam masa yang sama, carilah konflik dalam alam diri dan selesaikannya dengan kaunseling diri sendiri.

“Melayan alam konflik untuk menghasilkan sebuah karya yang hebat adalah daripada kebijaksanaan penulis menangani konflik itu.

Namun begitu, tidak lupa juga bahawa ilham itu datang daripada Allah, Tuhan Maha Pencipta,” tambahnya.

Seperti penulis lain, Jermat turut merasai cabaran dalam proses berkarya.

Untuk itu, beliau membuat pengukuran kekuatan dan kelemahan dalam penulisannya sendiri.

Kekangan akan kelemahan yang beliau hadapi dalam penulisan bukan penghalang baginya untuk terus menghasilkan sesuatu karya.

“Saya meletakkan kekuatan saya dalam penulisan ini atas minat dan bakat “Seterusnya, cakna dengan setiap kritikan daripada pembaca,” itulah antara perkara yang dilakukan oleh Jemat untuk sentiasa kuat mengharungi kekangan ketika berkarya.

Baca lain  Kundong enak dibuat jem

Pengkarya yang hebat akan sanggup merantai dirinya hanya untuk menghasilkan sebuah karya.

Seperti Jemat, beliau menghasilkan sesebuah karya bermula selepas isya dan menjenguk subuh barulah beliau menyelesaikan satu konflik, padahal ketika itu hampir semua manusia melayan tidurnya yang nyaman.

Beliau berbuat sedemikian kerana baginya, itulah kepuasan dan kehebatan dalam berkarya.

“Kehebatan berkarya bukan daripada gahnya nama dan jawatan yang disandang tetapi kesanggupan dalam menghasilkan sebuah karya.

“Jika kesanggupan gagal dilakukan dalam menghasilkan sebuah karya tentunya akan ada banyak karya tidak akan menjadi.

“Yakni apabila mula dengan konflik, teruskan hingga jumpa titik akhir dan jika diri sudah rasa puas, boleh mulakan dengan menggilap,” terangnya.

Jemat menggilap bakat berkarya kreatif dengan mencari salah silap dalam aspek penulisan.

“Apabila sudah menemui salah silap dalam penulisan tersebut kemudian betulkan dan kreatifkan dengan sesuatu yang jarang orang buat atau dalam olahan yang baharu,” katanya.

PANDANGAN TENTANG PENULIS DI SARAWAK

Ditanya pandangan tentang penulisan, beliau memaklumkan, penulisan di Sarawak masih bersifat sederhana dan belum ke tahap yang hebat.

Baca lain  Peruntukan awal RM8 BILION teguhkan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan S'wak

“Hebat maksud saya, kita masih gagal menyaingi rakan kita di luar Sarawak.

Hendaklah ada mata, telinga dan hati seseorang yang hebat yang melihat kita,” katanya.

Beliau memberitahu, sepatutnya ada pihak yang berkuasa memberi suntikan semangat dan motivasi tinggi kepada penulis di Sarawak.

Katanya, “Seorang budak pejabat yang lama berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan negeri amat mudah mendapat sebutir pingat semasa hari anugerah”.

Akan tetapi jelasnya, jika dikira warga penulis dan warga guru, hanya beberapa kerat sahaja dalam gemerlap anugerah bintang itu.

“Perkara ini termasuk kekangan yang dihadapi oleh penulis terutama di negeri kita.

“Sepatutnya difikirkan bersama untuk mencari kepuasan dan pengiktirafan dalam kalangan pengkarya kita tanpa kroni.

Hal ini dapat mensaksamakan dan men julang Malaysia Madani tanpa pilih bulu dan kroni,” jelasnya.

Ditanya di mana beliau lima, 10 atau 15 tahun akan datang, katanya, “Itu adalah rancangan waktu berpencen dan akan berusaha untuk menerbit kumpulan cerpen yang banyak dalam khazanah.

Tapi genre novel dan penulisan ilmiah akan cuba diusahakan.” 

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,