Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Organisasi perlu bersifat neutral, bebas campur tangan politik- Pengerusi Sheda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Augustine C.H. Wong

 

 

Augustine C.H. Wong

KUCHING: Presiden Persatuan Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) Augustine C.H. Wong menegaskan sebarang kenyataan berkaitan politik daripada ahli Sheda tidak disokong oleh organisasi itu.

Beliau berkata, meskipun ahli Sheda terlibat dalam pelbagai organisasi politik, pilihan raya atau kempen, Sheda sendiri mengamalkan politik neutral.

“Objektif utama kami adalah mewakili kepentingan ahli dalam pembangunan hartanah dan industri pembinaan di Sarawak.

“Selain itu Sheda turut membantu pembangunan hartanah dan industri pembinaan dalam menangani masalah dengan pembuat keputusan serta pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelancaran ‘Kempen Pasukan Datuk Sim Kiang Chiok’ baru-baru ini bagi memperkenalkan beliau sebagai calon berpotensi bertanding di kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Datuk Sim Kiang Chiok

Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan, Sivanesan Sanmugalingam berkata, kempen itu akan dilakukan melalui pendekatan serampang tiga mata iaitu kempen dari pintu ke pintu di lapangan, media arus perdana dan media sosial.

Baca lain  ADUN Repok bantu ringan beban ibu bapa

Mengulas lanjut, Augustine menambah, perlembagaan Sheda adalah jelas bahawa tiada ahli atau cawangan Sheda dibenarkan membuat kenyataan akhbar mengenai dasar organisasi atau dasar kerajaan tanpa kebenaran presidennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pihak berkepentingan mengambil kira kenyataan yang dibuat secara terbuka yang disifatkan berkaitan dengan Sheda.

“Demi kepentingan mengekalkan hubungan kerja yang sihat, perwakilan yang betul dan komunikasi terbuka, sila sahkan ulasan tersebut dengan Presiden Sheda.

“Sheda telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam menangani isu industri dengan pelbagai pihak.

“Kami memahami bahawa saling mempercayai dan menghormati diperlukan untuk mengadakan perbincangan yang bermanfaat dan kami tetap komited terhadap objektif kami,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru