ARTIKEL

Pacu ekonomi industri kreatif Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 70 agensi kerajaan dan pihak berkaitan industri kreatif menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Industri Kreatif Sarawak (SCIC) yang pertama.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, merangkap Pengerusi SCIC Datuk Snowdan Lawan berkata, mesyuarat tersebut diadakan sebagai langkah awal dalam menyelaras usaha dan inisiatif berkaitan industri kreatif di negeri ini.

Menurut Snowdan, ia merupakan tindak balas kepada arahan menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini yang menggesa penelitian lanjut berhubung hala tuju industri tersebut

“Industri kreatif antara industri yang lembut dan memainkan peranan luas dan besar pada masa ini.

“Di negara jiran contohnya Indonesia, mereka memanfaatkan ekonomi kreatif memandangkan industri itu besar serta menyumbang pendapatan yang banyak kepada negara berkenaan.

“Hal ini bermakna kita dalam landasan yang betul, namun kita perlu mencari hala tuju industri kreatif kita khasnya di Sarawak, di bawah jawatankuasa ini,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat SCIC, di sini.

Mengulas pewujudan direktori kreatif, Snowdan berkata platform itu bakal dilengkapi maklumat produk dan pereka, yang diyakini memudahkan usaha mempromosi dan memasarkan perniagaan melibatkan industri kreatif di Sarawak.

Direktori tersebut jelasnya seperti ‘yellow pages’ yang dimiliki oleh Telekom Malaysia dengan memaparkan senarai industri kreatif termasuk nama dan produk yang dihasilkan.

“Ia tersedia kepada orang awam iaitu direktori ini memudahkan orang ramai mencari individu yang menghasilkan sesuatu produk seperti kraf tangan, fesyen dan sebagainya

“Dalam direktori itu, turut disediakan nombor telefon bagi memudahkan mereka untuk dihubungi selain terdapat kod QR,” tambah beliau.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Desmond Jerukan, dan Ketua Seksyen Seni, Budaya dan Warisan Dr Elena Chai. 

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri