ARTIKEL

Pacuan empat roda terbakar akibat percikan api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SRI AMAN: Sebuah pacuan empat roda hangus angkara percikan api mesin kimpalan di KM-35, Pungu, Jalan Sri Aman-Serian, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan mengesahkan, kenderaan jenis Isuzu D-Max dan set generator musnah sepenuhnya dalam insiden kira-kira 3.03 petang.

“Berdasarkan sumber di lokasi, kejadian berlaku ketika seorang lelaki melakukan kerja kimpalan pada sebuah jenkaut.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api daripada mesin kimpalan yang jatuh ke ruang belakang kenderaan, lalu menyambar minyak yang terdapat di ruangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, lelaki tersebut cuba melakukan pemadaman namun gagal kerana api semakin marak.

Bagaimanapun kata Ramlan, kebakaran berjaya dipadam oleh pasukan kecemasan bertindak milik syarikat pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, Gamuda menggunakan bekalan air daripada lori tangki yang kebetulan berada berhampiran.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU