Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Padah baling tin ‘Tiger’ kepada polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Padah baling setin minuman keras jenama “Tiger’ kepada pegawai polis berpangkat ASP, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Ronny Paul Litan, 30, pekerja pelantar minyak mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Bagaimanapun, Zaiton menetapkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghalang tugas penjawat awam, Pegawai Polis ASP Omar Anis di halaman terbuka, Taman Malihah di sini, sekitar jam 2.50 petang, 30 Januari lepas.

Menurut fakta kes, ketika pengadu mengetuai serbuan kegiatan sabung ayam pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan dan hendak melakukan penangkapan ke atas seorang lelaki tempatan yang sedang minum alkohol.

Tertuduh tiba-tiba membaling satu tin minuman keras jenama ke arah pengadu lalu terkena kepalanya hingga menyebabkan kecederaan di bahagian atas dahi. Dia juga bertindak agresif dan cuba melarikan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News