ARTIKEL

Padah bersubahat buat tuntutan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu pengurusan murid pra sekolah di sebuah sekolah rendah di Sebauh dan seorang pengurus syarikat berdepan lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Bintulu, hari ini kerana bersubahat membuat tuntutan palsu bagi pembekalan makanan mentah asrama di sekolah berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, ia selepas hasil siasatan mendapati wanita berusia 40 tahun itu telah menggunakan lapan invois palsu yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berusia 49 tahun, yang merupakan pengurus syarikat terbabit.

Menjelas lanjut, katanya ia sebagai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan bagi pembekalan makanan mentah asrama ke sekolah rendah berkenaan dengan nilai RM52, 514 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat.

“Kedua-dua Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh secara niat bersama dengan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua OKT yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan dan mohon dibicarakan.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan