NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Padah buat aksi ‘wheelie, superman’

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Dua remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan kerana membuat aksi merbahaya semasa menunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sibu pada malam semalam.

DUA suspek yang ditahan kerana melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal.
DUA suspek yang ditahan kerana melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Collin Babat berkata, kedua-duanya dikesan dalam operasi tersebut yang dijalankan dari jam 9 malam hingga 2.30 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu BSPTD Sibu di beberapa lokasi di sini.

Beliau berkata, tangkapan pertama dibuat di Jalan Bujang Suntong apabila salah seorang suspek melakukan aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan.

Manakala, katanya seorang lagi ditahan di Jalan Tun Zaidi Edruce kerana didapati melakukan aksi ‘Superman’ dengan menundukkan badan dan menunggang motosikal secara meniarap.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk tindakan lanjut kerana menunggang motosikal secara berbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara, Collin berkata sebanyak 13 buah kenderaan telah diperiksa dan 42 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

Baca lain  Lelaki ditemui mati di pangkalan perahu depan rumahnya

Katanya, saman yang dikeluarkan adalah membabitkan kesalahan lesen memandu dengan lima saman dikeluarkan, cermin sisi (7), ubah suai ekzos (7), brek tidak berfungsi (1), ubah suai struktur (4), nombor pendaftaran fancy (8), tidak pasang lampu (1), tiada perlindungan insuran (4), tiada nombor pendaftaran (3), hon tidak berfungsi (1) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat (1).

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak lapan buah motosikal turut ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

ANTARA motosikal yang diperiksa serta ditahan dalam op tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru