ARTIKEL

Padah buat laporan polis palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu kedai didenda RM1,300 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diugut oleh dua orang lelaki sehingga menyebabkan kerugian RM500 pada April tahun lalu.

Awang Nur Sharafie Awg Demit, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat laporan palsu di hadapan seorang pegawai polis di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuching, sekitar jam 4 petang, 7 April 2020.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, bertempat di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuching, seorang pegawai penyiasat telah membuat siasatan semula terhadap tertuduh.

Hasil soal siasat mendapati laporan yang dibuat oleh tertuduh menyatakan dirinya telah diperas ugut oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis.

Tertuduh mendakwa dirinya kerugian RM500 kerana diperas ugut oleh lelaki berkenaan namun kejadian tersebut adalah tidak benar serta didapati membuat laporan polis palsu.

Kejadian sebenarnya, tertuduh telah menggunakan wang milik ibunya sebanyak RM500 untuk kegunaan peribadi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan