Trending

Padah cuba curi telefon pintar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Padah melarikan telefon pintar semasa urusan jual beli, seorang lelaki diberkas di Kampung Wireless di sini, sekitar jam 2 petang semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun itu dipercayai melarikan seunit telefon pintar semasa melakukan urusan jual beli di kawasan Hospital Miri pada 19 September lalu.

Semasa kejadian, suspek berpura-pura meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bangunan hospital untuk menunjukkan telefon itu kepada isterinya.

Suspek kemudian didapati menghilangkan diri apabila mangsa cuba menghubunginya di laman sosial Facebook selepas lama menunggu.

Difahamkan, cubaan mangsa menghubungi dan mengesan lokasi suspek gagal apabila dia disekat di Facebook.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru