Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Padah curi elektrik melombong bitcoin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan aktiviti melombong bitcoin secara tidak sah serta terlibat mencuri elektrik dengan nilai rampasan sebanyak RM3.5 juta di sekitar daerah Manjung, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek berumur 28 tahun itu yang bekerja di sebuah premis perniagaan ditahan di Ayer Tawar di sini dalam Operasi Bersepadu Khas Bitcoin dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam.

“Polis telah melakukan pemeriksaan terhadap 75 premis di sekitar daerah ini dan 30 premis didapati menjalankan aktiviti melombong bitcoin secara tidak sah serta melakukan perbuatan mencuri elektrik manakala 45 lagi premis yang diperiksa didapati tidak berpenghuni dan tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Polis merampas 1,720 unit mesin bitcoin, 15 unit monitor, 22 Unit Pemprosesan Pusat (CPU), 16 papan kekunci,  tujuh unit tetikus, 56 unit modem, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, 44 unit kipas, lima unit alat penggera, tujuh unit kamera litar tertutup (CCTV) serta sebuah komputer riba,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini.

Baca lain  Lagi banglo dijadikan sebagai pusat judi haram, empat lelaki ditahan

Mior Faridalathrash berkata pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci mengenai dalang di sebalik kegiatan itu serta tempoh aktiviti tersebut sudah dijalankan. Menurutnya, pihak TNB juga menganggarkan kecurian elektrik yang dilakukan bernilai kira-kira RM2 juta.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. — BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru