SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Padah jual 1,258 kg minyak masak peket dari rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak merampas minyak masak peket semasa pemeriksaan ke atas rumah suspek di Matang.

KUCHING: Sebanyak 1,258 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dirampas daripada seorang lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan menjual barang kawalan itu secara dalam talian di rumahnya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak yang menjalankan pemeriksaan ke atas rumah suspek di Matang, semalam berdasarkan hasil risikan selama dua minggu atas aduan orang ramai mengenai penjualan minyak masak itu di dalam talian.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, sepasukan lapan pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak berjaya menjumpai sejumlah 1,258 kg) minyak masak peket bersubsidi 1kg bersama-sama dengan
dokumen berkaitan dengan anggaran sitaan bernilai sebanyak RM3,145 bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata rampasan dilakukan atas kesalahan menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal namun penahanan tidak dilakukan ke atas suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu.

Baca lain  Penyewa bawa lari barangan tuan rumah ditahan

Justeru, katanya sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan.

Manakala jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak
melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara, Matthew berkata sejak Januari sehingga 28 Mac tahun ini, sebanyak 26,908 pemeriksaan telah
dijalankan dan menghasilkan 433 kes dengan nilai sitaan RM6,156,160.91 dan nilai kompaun sebanyak RM307,558.

Katanya daripada jumlah itu, 76 kes adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah nilai rampasan RM6,122,870.27.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan 63 pemeriksaan ke atas pemegang lesen barang kawalan bagi memastikan keberadaan bekalan barang kawalan semasa bulan Ramadan
seperti gula, minyak masak bersubsidi dan tepung gandum melalui Ops Pantau Bekalan sejak 23 Mac lalu bagi memastikan peniaga yang terlibat mematuhi Akta Bekalan 1961 serta peraturan dibawahnya.

Baca lain  Warga asing miliki dadah berjaya dicekup di Mukah

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat terus menjadi mata dan telinga bagi membantu
kementerian dengan menyalurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada kementerian melalui saluran
WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my ,
Call Centre 1-800-886-800 , E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my), Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
dan Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru