ARTIKEL

Padah jual loteri awam tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah menjual loteri awam tanpa lesen dalam sebuah kedai runcit di Batu Kawa, seorang juruwang wanita di denda RM1,500 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Rinny Yusop, 23, dari Kuala Baram selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menjual tiket loteri awam tanpa lesen dalam kedai runcit di sebuah pusat beli belah Batu Kawa, kira- kira jam 3.40 petang, 28 September 2022.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga lima RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU