Trending

Padah jurujual judi online

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Padah bekerja sebagai jurujual judi atas talian, seorang wanita ditangkap ketika sedang beroperasi di sekitar Kota Sentosa, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata suspek berusia 20 tahun dari Kampung Tabuan Lot itu ditangkap di kaki lima berhadapan kedai Mata Ge Coffee Shop.

Katanya suspek ditahan oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kota Sentosa semasa pemeriksaan Ops Dadu IPD Padawan sekitar 3.30 petang semalam.

“Suspek mengaku bekerja sebagai penjual judi atas talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut dirampas dari suspek ialah seunit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM30, sekeping kertas putih bertulis angka disyaki kata laluan dan satu pen.

Aidil berkata suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru