ARTIKEL

Padah mencuri, dua sahabat baik dipenjara setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua sahabat baik masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memecah masuk rumah, mencuri seunit komputer riba dan tablet.

Tertuduh Jekely Silon,28, dan Jarus Russia, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama sengaja melakukan pecah masuk dan mencuri komputer riba jenama Macbook Air dan tablet jenama Ipad Pro milik seorang wanita berusia 26 tahun melibatkan anggaran kerugian RM5,000 di Jalan Kuching City Mall, kira-kira jam 3 petang, 14 November lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda, atau penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan yang dilakukan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda atau sebat.

Zaiton memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 16 September lepas.

Pegawai Pendakwa Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

LAIN-LAIN BERITA

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

Seorang warga Filipina ditahan dalam Ops Kutip

LAWAS: Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Lawas telah menahan seorang individu warga asing dalam operasi rutin Ops Kutip yang dijalankan semalam. Menurut satu kenyataan yang disiarkan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan