ARTIKEL

Padah mengamuk ditanya kehilangan perkakas dapur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah ugut bunuh bapa angkat selepas ditanya tentang kehilangan perkakas dapur, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman Marsan, 30, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah di Sungai Tengah Kolong Dua, Jalan Matang, sekitar jam 7.30 pagi, 15 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, ketika kejadian di rumah mereka, tertuduh tiba-tiba mengamuk dalam keadaan khayal kerana bapanya (pengadu) bertanyakan kehilangan perkakas dapur di rumah.

Tertuduh mengugut hendak mengambil parang untuk membunuh pengadu serta penghuni lain di dalam rumah tersebut namun sempat dihalang oleh anak jirannya.

Kejadian tersebut sering dilakukan oleh tertuduh selain pengadu mengesyaki anaknya terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain, pengadu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya ditangkap pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nursyafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.