ARTIKEL

Padah rasuah penguatkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua warganegara Indonesia dan seorang peniaga tempatan ditangkap kerana cuba memberi suapan kepada pasukan penguatkuasa supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata bagi dua warganegara Indonesia terbabit, mereka cuba memberi wang tunai sebanyak RM180 ketika ditahan dalam Ops Libas pada Isnin lalu.

Mereka adalah antara enam warga Indonesia, terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun kerana masuk ke negeri ini secara haram.

Beliau berkata semua mereka ditahan semasa pemeriksaan oleh PGA Sarawak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) Sarawak ke atas sebuah bas di Bandar Baru Mutiara, Tebedu.

“Semasa tangkapan dibuat, dua warganegara Indonesia telah menawarkan wang suapan sebanyak RM180 kepada pasukan serbuan agar tidak ditangkap dan dikenakan sebarang tindakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak, di sini hari ini.

Manakala bagi seorang peniaga tempatan, Kok Chin berkata lelaki berusia 57 tahun itu cuba menyogok pasukan penguatkuasa sebanyak RM10,000 ketika premisnya di Jalan Kampung Cina, Serian diserbu oleh PGA Sarawak dan SPRM Sarawak, lebih kurang jam 10 pagi semalam.

“Pemeriksaan telah menjumpai 154 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai dari premis terbabit.

“Turut ditahan seorang lelaki atas kesalahan cuba memberi sogokan sebanyak RM10,000 agar tidak mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Kok Chin berkata nilai rampasan dianggarkan lebih RM48,000 termasuk wang suapan RM10,000.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU