ARTIKEL

Gambar hisan | Freepik.com

Padah ubah sijil cuti sakit, pemuda didenda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mengubah tarikh dan jumlah hari dalam sijil cuti sakit semata-mata hendak berehat, seorang pembantu teknikal dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Farzari Shahir Mohammad Azhar, 24, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 465 Kanun yang sama di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur mengubahnya dokumen asal iaitu sijil perubatan di sebuah pejabat di Saradise pada 27 Oktober 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada 27 Oktober 2023, sekitar jam 2.34 petang di sebuah pejabat, pengadu merupakan pegawai sumber manusia sebuah syarikat menerima sijil cuti sakit daripada tertuduh.

Setelah membuat pemeriksaan, dia mendapati sijil tersebut telah diubah. Pengadu juga bertindak menghubungi sebuah klinik kerajaan untuk pengesahan nama tertuduh namun dia tidak ada menerima rawatan pada hari berkenaan.

Seterusnya pengadu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut, selain bertujuan untuk rujukan kepada syarikat.

Difahamkan, tertuduh mendapat sijil cuti sakit pada 13 Oktober 2023 dari klinik yang sama tetapi dia telah mengubah tarikh dan jumlah hari pada 27 Oktober 2023 semata-mata hendak berehat.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)