ARTIKEL

Padah ugut bakar rumah, lelaki dipenjara 10 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mengugut untuk membakar rumah keluarganya, seorang lelaki berusia 28 tahun dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Tertuduh, Harris Fadillah Abdullah, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zaiton Anuar atas pertuduhan yang dibaca mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut pengadu yang merupakan ibunya untuk membakar rumah yang beralamat di Kampung Gita Baru, Jalan Pinang Jaya sekitar jam 10.00 malam, 23 Ogos lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU