ARTIKEL

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil dibaik pulih tanpa kos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Tiada kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak susulan konsert kumpulan Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.

“Jadi apabila ada rawatan dan pembaikan (terhadap permukaan padang), ia tak melibatkan kos kerana tapak semaian itu sudah wujud.

“Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Train-theTrainee’ bagi Pengarah Klinikal dan Atlet Sihat semalam.

Sebelum ini, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, memuat naik gambar keadaan permukaan padang gelanggang rasmi Harimau Malaya itu yang kelihatan terjejas di beberapa bahagian menerusi Instagram Story baginda.

Meskipun Tunku Ismail memuat naik gambar berkenaan tanpa sebarang kapsyen, pengguna media sosial rata-rata meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati melihat keadaan permukaan padang itu.

Rabu lepas, kira-kira 75,000 peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British.

Sebelum ini, permukaan padang stadium berkenaan menjadi buah mulut orang ramai kerana keadaannya yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India pada bulan lepas. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU