CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Padawan destinasi tarikan pelancong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan terus menumpukan untuk menjadikan kawasan Padawan sebagai destinasi tarikan pelancong.

Pengerusi Perbandaran Padawan, Tan Kai berkata ia kerana kawasan Padawan mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan industri pelancongan.

“Jadi saya berharap kami dapat bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk membangunkan kawasan ini.

“Dengan itu, ia bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk di Padawan tetapi juga masyarakat dari Kuching untuk datang khususnya pada setiap hujung minggu,” katanya ketika ditemu bual di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, antara kawasan tarikan di Padawan adalah kolam air panas dan rumah panjang Annah Rais, empangan Bengoh, inap desa dan kampung yang memiliki panorama indah seperti Kampung Sapit.

Selain itu, beliau berkata MPP juga mempunyai acara tahunan seperti Padawan Raft Safari dan Borneo Highland Run.

“Kami mahu menjadikan lebih ramai orang mengenali kawasan ini,” katanya.

Sementara, Tan Kai yang baharu sebulan menerajui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu bertekad untuk meneruskan hala tuju MPP ke arah yang lebih baik dalam menyampaikan perkhidmatan di seluruh kawasan seliaannya yang berkeluasa 984,338 kilometer persegi.

Baca lain  SDEC, Centexs penggerak ekonomi digital Sarawak

Beliau yang mengambil alih tugas daripada Lo Khere Chiang pada 1 April lalu berkata meskipun duduk di kerusi itu dalam tempoh yang terhad, namun beliau yakin MPP akan terus berkembang dibawahnya.

“Sebagai lantikan politik, saya mungkin hanya duduk di sini dalam tempoh yang singkat atau beberapa bulan sahaja dan paling lama sembilan tahun.

“Namun saya mahu melihat hala tuju MPP terus mencapai matlamatnya, khususnya dari segi hasil dan kawasan berpotensi yang boleh dibangunkan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru