ARTIKEL

Padi hibrid buka ruang ekonomi baharu untuk warga Meradong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Peluang dan ruang ekonomi baharu kepada penduduk Meradong melalui projek penanaman padi hibrid pertama di kawasan seluas sekitar 25 ekar, di Sungai Padi di sini.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek perintis yang diusahakan Syarikat Onemas Agriculture Sdn Bhd itu bakal membuka peluang kepada petani di kawasan berkenaan.

Menurutnya, biji benih padu yang diimport khas dari negara China itu, berupaya mengeluarkan hasil sehingga tiga kali ganda berbanding penanaman padi biasa.

“Dalam sidang DUN sebelum ini, saya pernah menyebut mengenai skim mini ladang padi di Sungai Tulai yang mempunyai keluasan 600 lebih hektar. Justeru, saya amat berharap skim perintis yang dilaksanakan ini berjaya.

“Melalui cara itu, kementerian boleh mempertimbangkan untuk membuka ladang padi di Sungai Tulai yang tidak begitu berjaya sebelum ini,” katanya ketika menghadiri taklimat pemprosesan penanaman padi hibrid anjuran Onemas Agriculture Sdn Bhd, di Pejabat Daerah Meradong hari ini.

Beliau optimis dengan penggunaan teknologi terkini ditambah dengan penanaman padi hibrid variati baharu, matlamat untuk menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat Meradong akan tercapai.

“Sekali gus menampung keperluan beras dalam tempoh jangka panjang,” tambahnya.

Hadir sama, Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil