ARTIKEL

PADU bantu hapuskan pembaziran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penerimaan dalam kalangan kementerian dan orang awam, terutamanya kepada kumpulan yang berisiko, adalah penting untuk memastikan kejayaan Pangkalan Data Utama (PADU) dalam merapatkan jurang sosioekonomi Malaysia, menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Sebagai pangkalan data negara yang paling komprehensif, ia dijangka memperbaik pengagihan subsidi sambil membolehkan aktiviti pemantauan dilakukan secara berkala dalam jangka sederhana hingga panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh berkata inisiatif itu bakal meminimumkan ketidaktepatan dalam kalangan kumpulan sasar yang seterusnya membantu menghapuskan pembaziran dengan mengenal pasti jenis subsidi dan bantuan yang dapat disalurkan.

“Oleh itu adalah penting bahawa kelemahan awal dalam sistem perlu diperbetulkan agar pangkalan data dapat memenuhi objektif yang dimaksudkan dengan cekap dan berkesan

. “Selain itu, orang ramai bakal mendapat manfaat daripada kejelasan lebih lanjut berkaitan mekanisme PADU dan digunakan untuk melancarkan subsidi yang disasarkan seperti yang diinginkan,” katanya sambil menambah inisiatif yang sudah lama ditunggu-tunggu itu jika dilaksanakan dengan baik, bakal menjadi pencetus perubahan.

Beliau juga menyatakan bantuan yang disasarkan boleh menjadi alat yang ampuh dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia kerana kerajaan membayangkan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2028.

Tricia juga menekankan pentingnya menaik taraf langkahlangkah keselamatan data yang menjadikan orang ramai lebih percaya dan justeru, meningkatkan penerimaannya dalam kalangan orang awam.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan IDEAS, Dr Juita Mohamad berkata adalah penting bagi kerajaan untuk turut memperkenalkan langkah-langkah yang memastikan kumpulan berisiko di kawasan bandar dan luar bandar mempunyai akses sama kepada pangkalan data supaya maklumat peribadi mereka dapat dikemas kini dalam talian.

“Aktiviti-aktiviti jangkauan dan komunikasi harus diutamakan untuk kumpulan yang mempunyai tahap literasi digital yang agak rendah agar sokongan dan bantuan yang diperlukan dapat diterima tepat pada masanya,” kata beliau.

Institut itu juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Akta Omnibus dengan segera untuk memasukkan peruntukan berkaitan pengendalian data peribadi oleh sektor awam seperti yang diumumkan sebelum ini bagi menangani kebimbangan berkaitan perlindungan data peribadi.

“Selain itu, akta berkenaan juga membolehkan perkongsian data dan penyimpanan awan berlaku dalam kalangan agensi-agensi kerajaan,” tambahnya. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan