ARTIKEL

RIANG RIA RAYA… Abang Johari serta isteri Juma’ani berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Sharifah Hasidah di Wisma Sabati hari ini.

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, masih menunggu kedatangan wakil Kementerian Ekonomi berkenan, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini.

“Setakat ini tidak ada… kami menunggu,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Pusat Konvensyen Kuching Borneo (BCCK), hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelaksanaan PADU di Sarawak belum lagi diputuskan kerana pihaknya belum menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara tersebut sudah dibincangkan antara Abang Johari dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Belum ada (perjumpaan) tapi Premier kita memang ada berbincang dengan Perdana Menteri berkaitan Padu.

“Kita lihat macam mana pelaksanaan di Sarawak nanti,” katanya ketika ditemu bual pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Wisma SABATI, hari ini.

Majlis rumah terbuka Hasidah dan suami, Datuk Sayeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman turut dihadiri Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata kementeriannya akan mengadakan satu sesi taklimat kepada wakil Kerajaan Sarawak berkenaan isu keselamatan dan perlindungan bagi sistem PADU dalam masa terdekat.

Beliau berkata kementeriannya komited menjawab persoalan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Kerajaan Sarawak, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasidah.

“Kerajaan sentiasa memastikan pengendalian data yang selamat termasuk keselamatan sistem, rangkaian dan data yang melindungi maklumat peribadi,” katanya.

SALAM… Abang Johari bersalaman bersama hadirin di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Sharifah Hasidah di Wisma Sabati, hari ini.

BERITA LAIN

Politik stabil, pelbagai agenda pembangunan lancar

BINTANGOR: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung

BERITA TERBARU