ARTIKEL

Paip agihan uzur yang masih diguna akan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Paip agihan uzur yang masih digunakan dalam sistem bekalan air di seluruh Sarawak akan dinaik taraf serta digantikan mulai tahun depan

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukkan untuk tujuan tersebut.

Katanya, penggantian dan naik taraf paip tersebut akan dimulakan di kawasan bandar bandar raya Kuching dan sekitar.

“Ia akan dilaksanakan secara berfasa dan kita sasarkan bermula pada tahun hadapan.

“Kita percaya kawasan bandar raya Kuching dan kawasan sekitar akan diutamakan. Ini usaha kita,” katanya berucap pada majlis makan malam apresiasi Lembaga Malam Apresiasi Lembaga Air Kuching (LAK) di Hikmah Exchange, di sini malam tadi.

Turut hadir, Pengurus Besar LAK Rodziah Mohamad, Timbalan Menteri Utiliti, Adun Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Julaihi berkata, kapasti loji rawatan air di Batu Kitang akan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi di bandar raya Kuching dan sekitar.

Katanya, loji dua di loji rawatan air Batu Kitang sedang dinaik taraf dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2024.

Jelasnya, dengan siapnya projek tersebut, loji tersebut akan mempunyai kapasiti 884 juta liter per hari (mld) berbanding 780 mld sebelum ini.

“Saya berharap ia dapat memenuhi permintaan bekalan air di kawasan Samarahan, khususnya di Samarindah, Batu 7, Kampung Tanjung Parang termasuk Kampung Melayu yang juga di bawah LAK.

“Jadi kita berharap masyarakat di Bahagian Samarahan di kawasan Stakan, Samarindah, Kampung Tanjung dapat bersabar sehingga kita dapat memenuhi permintaan dengan siapnya projek tersebut,” ujarnya.

Di samping itu Julaihi berkata, satu tender juga akan dikeluarkan pada penghujung Disember ini bagi kerja naik taraf loji rawatan air Batu Kitang bagi memboleh loji tersebut mempunyai kapasiti 984 mld.

Ini secara lansung katanya, dapat mengatasi permintaan yang meningkat di Bandar Raya Kuching dan juga di kawasan yang sedang dibekalkan dengan air terawat dan air bersih LAK.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta