Paip bocor, beberapa kawasan di Serian dijangka mengalami gangguan air

SERIAN: Beberapa kawasan di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air disebabkan kebocoran paip yang berlaku di jajaran paip oleh pihak yang melaksanakan kerja pembinaan Pan Borneo di jalan elak (bypass), di sini hari ini.

Kawasan-kawasan terjejas ialah Kampung Taee, Kampung Plaman Nyabet, SMK Taee, Jalan Baki Riih, Jalan Ensengei dan Jalan Kuching-Serian-Tapah dan Tarat.

Mengesahkan perkara itu, pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Chang Kuet Shian berkata gangguan dijangka berlaku dari jam 5 pagi sehingga 3 petang hari ini.

“Pihak Pan Borneo sedang melakukan kerja-kerja baik pulih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk supaya mengurangkan penggunaan air dalam tempoh berkenaan dan menyimpan air secukupnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin melaporkan sebarang gangguan bekalan air, sila hubungi pejabat JBALB Serian di talian 082-872030 pada waktu pejabat.

Suara Sarawak