ARTIKEL

Paip bocor punca gangguan bekalan air di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai 35,000 penduduk bahagian ini dilaporkan terjejas akibat masalah kebocoran saluran paip utama Loji Rawatan Air Bayong.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam kenyataan memberitahu, masalah itu
dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

Menurutnya, kawasan terlibat ialah sepanjang Jalan Bayong, jalan utama simpang Jakar sehingga Sebangkoi, Simpang Selalang ke Rumah Moses, Sare, sepanjang Jalan Meruton Merudu dari Jalan Hock Ming sehingga Simpang Bajii.

Turut terjejas Tanjung Manis, Belawai, Kampung Rajang, Jerijeh, Serdeng, Semalau dan
Bekakong, Pakan, KJD Meradong, Skim B, Jalan Bulat dari Sungai Rusa ke Sungai Joh, Kim San Sungai Rusa, Kesa Baron, Jalan On Dian, Jalan Sungai Garan, Jalan Friendship, Jalan Cola dan Simpang Pakan.

“Kita memohon kepada pihak kontraktor LPB untuk melakukan kerja baik pulih dengan kadar
segera bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang lebih teruk dan berpanjangan.

“Penghantaran bekalan air menggunakan lori tanker akan turut dilakukan oleh pihak
JBALB dan kontraktor ke kawasan yang terjejas terutama ke sekolah, hospital dan klinik sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, JBALB juga memohon pihak kontraktor menambah kapasiti
penghantaran bekalan air menggunakan lori tanker bagi kemudahan umat Islam
membuat persediaan meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha.

“Perkembangan terkini berkaitan kerja baik pulih akan dimaklumkan kepada pengguna melalui platform media sosial rasmi Facebook JBALB Sarawak dan Facebook Rakan JBALB Bahagian Sarikei.

“Bagi sebarang pertanyaan dan aduan, para pengguna boleh menghubungi JBALB Sarawak di talian 082-262211,” tambahnya.

Kerja-kerja membaik pilih saluran paip sedang giat dilaksanakan bagi memastikan bekalan air kembali pulih.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul