Paip bocor punca gangguan bekalan air

KUCHING: Kontraktor Pan Borneo segera melakukan kerja-kerja penyambungan semula paip sementara Pan Borneo di sekitar Jalan Bulat, Sarikei, semalam.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dalam kenyataan berkata, ia bagi mengurangkan impak besar dan menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan Bahagian Sarikei yang bermula Rabu lalu.

“Masalah itu berpunca daripada kebocoran penyambungan paip sementara Pan Borneo akibat kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di sekitar Jalan Bulat, Sarikei.

“Kawasan yang terjejas adalah KJD Meradong, Skim B, seluruh kawasan Pakan, sepanjang Jalan Bulat dari Sungai Rusa sehingga Sungai Joh, Kesa Baron, Kesa, Jalan Onn Dian, Sg. Garan, Jalan Friendship, Jalan Cola dan Simpang Pakan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak