ARTIKEL

Pais ikan buntal selera Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IKAN Buntal sering dikaitkan dengan ikan beracun dan jarang dijadikan makanan.

Tetapi di Sarawak, terdapat perkampungan di Daerah Betong mengadakan Pesta Ikan Buntal setiap tahun.

Biasanya tiga jenis masakan untuk hidangan ikan buntal ini iaitu buntal masak kunyit, buntal kering dan yang paling digemari penduduk setempat ialah pais buntal.

Cara menyediakan pais buntal sangat mudah iaitu hanya menggunakan garam sebagai perasa.

Ikan tersebut diperap lalu dibalut menggunakan daun nipah muda sebelum dipanggang di atas bara api.

Teknik memasak pais ikan buntal lebih kurang sama seperti teknik mengukus, tetapi ia menggunakan bara api dan bukan wap air bagi mendapatkan aroma daun nipah.

Uniknya penyediaan hidangan mudah, tetapi ia mampu bertahan lama sehingga tiga hari dan sesuai dijadikan bekal si perantau.

BERITA LAIN

Cabaran REMAJA

PEJABAT Pendidikan Daerah Mukah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Three Rivers menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Dewan Tom Bazeley, baru-baru ini. Program ini menghimpunkan seramai 145

SIMULASI HAJI CILIK

Kurikulum kebangsaan Malaysia menggariskan pelajar Islam perlu didedahkan dengan teori umrah dan haji. Pembelajaran teori ini juga harus disokong pembelajaran praktikal agar lebih berkesan. Justeru,

BERITA TERBARU