Pakai gelang sejak kecil

PADAWAN: Tawud Luhan, 70 tahun, salah seorang daripada empat wanita gelang Bidayuh terakhir dari Kampung Semban bangga apabila wajahnya dilukis di dinding di sini.

Ketika ditemui pemberita, Tawud berkata, dia bangga memakai gelang tembaga di lengan dan kaki dan menyifatkan pemakaian tersebut sebagai budaya dan warisan mereka.

Katanya, pemakaian gelang tembaga telah dipakai oleh orang tuanya suatu ketika dahulu dan mereka turut mewarisi pemakaian gelang tembaga tersebut.

“Sejak kecil lagi kami telah memakai gelang tembaga ini.

Tidak kira semasa makan atau tidur, kami tetap memakainya.

“Zaman moden ini, tiada dalam kalangan generasi ini yang memakai gelang tembaga ini kerana bagi mereka ia menyakitkan.

“Bagi kami yang memakai gelang ini sejak kecil, ia adalah perkara biasa. Makan dan tidur, kami tetap memakai gelang ini,” ujarnya.

Girl Ring