ARTIKEL

An employee (R) wearing a face mask and shield walks past customers (L) sitting outside a cafe as the capital city continues its partial lockdown restrictions due to the COVID-19 coronavirus outbreak in Jakarta on June 14, 2020. (Photo by ADEK BERRY / AFP)

Pakai pelitup muka di kawasan sesak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA, Indonesia: Sebagai tindak balas kepada laporan tahun lalu berhubung 60,420 kes batuk kering atau tibi (TB) di ibu kota, Pejabat Kesihatan Jakarta menyarankan penduduk memakai pelitup muka di tempat sesak bagi mengurangkan risiko penularan penyakit itu.

Ketua Pejabat, Ani Ruspitawati, menegaskan kuman TB mampu tinggal di udara selama berjam-jam apabila seseorang penghidap itu batuk atau bersin tanpa menutup mulut.

“Kuman ini mampu merebak ke udara dalam bentuk titisan,” katanya, seperti dipetik oleh agensi berita Antara.

Ani turut menasihatkan individu yang mengalami simptom seperti batuk berterusan, demam, hidung berair dan penurunan berat badan untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.

Gejala lain yang perlu diberi perhatian termasuk hemoptisis (batuk darah), hilang selera makan, dan berpeluh pada waktu malam tanpa melakukan banyak aktiviti.

Indonesia berada di kedudukan sebagai negara kedua paling terjejas akibat batuk kering di dunia, disusuli India dan diikuti oleh China, menurut Laporan TB Global 2023.

Dengan anggaran 1.06 juta kes, Indonesia menghadapi beban TB ketara, mengakibatkan sekitar 134,000 kematian setiap tahun, seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.

Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes TB kepada 820,789 pada tahun lalu, tertinggi sejak 1995, termasuk 134,528 kes yang didiagnosis pada kanak-kanak, meningkat daripada 724,000 kes pada 2022.

Semalam, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) berjanji untuk menyediakan rawatan pencegahan TB kepada 145,070 orang di Indonesia, bernilai AS$1.52 juta (RM7.19 juta).

Pengarah misi USAID Indonesia, Jeff Cohen, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya terus bekerjasama untuk menyelamatkan nyawa dan menghapuskan TB di Indonesia menjelang 2030.

Agensi itu menyumbang sejumlah AS$4.7 bilion (RM22.23 bilion) sejak 2000, membantu menyelamatkan lebih 75 juta nyawa dalam memerangi TB di seluruh dunia. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli