ARTIKEL

Pakaian jururawat mematuhi etika – Zaliha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram


Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, dakwaan bahawa pakaian seragam jururawat adalah ketat tidak benar, sebaliknya ia mematuhi etika berpakaian penjawat awam yang ditetapkan.


“Pakaian jururawat sekarang memang ada etika, bagi saya tiada masalah,” katanya membalas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor daripada Perikatan Nasional yang mempersoal etika pemakaian jururawat wanita.


Dalam kenyataan tersebut, pakaian seragam jururawat wanita di Malaysia didakwa ketat dan tidak patuh syariah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU