ARTIKEL

Pakar bedah dipecat selepas membedah dengan bantuan tukang cuci

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERLIN: Pegawai di sebuah hospital di barat Jerman memohon maaf selepas salah seorang pakar bedah mereka dilaporkan meminta bantuan seorang tukang cuci untuk memotong jari kaki seorang pesakit.

Badan penyiaran awam SWR semalam melaporkan insiden yang berlaku di Hospital Universiti Mainz pada tahun 2020 itu tidak menyebabkan sebarang komplikasi kepada pesakit tetapi doktor terbabit sudah dipecat.

Ketua eksekutif hospital tersebut, Norbert Pfeiffer, berkata pakar bedah itu telah membuat keputusan yang salah apabila dia meneruskan juga prosedur rutin tersebut walaupun tiada pembantu berkelayakan, lapor SWR.

Apabila pesakit berkenaan, yang dibius pada bahagian kaki, menjadi gelisah, doktor terbabit meminta seorang tukang cuci yang ada berdekatan untuk memegang kaki pesakit tersebut dan memberi alat-alat pembedahan kepadanya, kata akhbar harian tempatan, Mainzer Allgemeine Zeitung.

Akhbar itu melaporkan tukang cuci itu tidak ada pengalaman perubatan.

Menurut laporan tersebut lagi, insiden itu terbongkar selepas seorang pengurus hospital ternampak tukang cuci terbabit dalam bilik pembedahan dengan lapik kain kasa berdarah dalam tangan.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,