ARTIKEL

Pakej jalur lebar RM69 ringankan perbelanjaan kos internet golongan sasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah.

KUCHING: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diperkenalkan seiring dengan konsep Malaysia Madani mampu meringankan kos perbelanjaan untuk tujuan internet.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia memberi tawaran harga yang lebih murah kepada pengguna.

“Ini merupakan satu berita gembira kepada golongan miskin dan rentan berpendapatan rendah (B40), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Usaha tersebut menepati prinsip ekuiti, oleh itu jangan terlepas mengambil tawaran murah ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Walaupun begitu tambahnya, ada rakyat yang akan terlepas untuk menerima manfaat ini kerana berada di kawasan luar bandar.

“Ada kawasan tertentu di luar bandar belum mempunyai liputan internet. Justeru, tawaran murah ini tidak membawa makna kepada mereka,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, pakej yang ditawarkan merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menurunkan kos sara hidup golongan sasaran dan akan mula ditawarkan pada bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Pakej tersebut menawarkan perkhidmatan internet dengan kelajuan sehingga 30 Mbps serta data tapa had dengan harga hanya RM69 sebulan berbanding harga pakej semasa sekitar RM89.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU