ARTIKEL

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu sektor pelancongan terjejas dengan COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memberi ruang kepada pemain industri pelancongan tempatan untuk kembali ‘bernafas’ di sebalik penularan virus COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.

Pengarah Royal Guest House, Raja Rusmin Raja Mahmud berkata inisiatif seperti pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik akan memberi galakan kepada rakyat untuk kembali melancong dalam negeri.

“Pelepasan cukai itu boleh membantu untuk memenuhi bilik kosong di hotel yang selama ini terjejas susulan penularan COVID-19 selain ketidaktentuan ekonomi global yang berlaku sejak beberapa bulan lepas akibat perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 juga dijangka menggalakkan agensi kerajaan untuk mengadakan lebih banyak majlis berkaitan agensi mereka sekaligus memberi ruang kepada hotel untuk meneruskan kelangsungan perniagaan yang selama ini suram dan terjejas teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah urusan Jasa Teratai Holiday Sdn Bhd, Mimi Rodiah Abd Rahman berkata pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 boleh membantu menyelamatkan operator sektor pelancongan yang kini berdepan dengan kekurangan pelancongan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Ia situasi menang-menang untuk semua membabitkan pemain industri, rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Dalam jangka masa yang panjang, rakyat akan kembali buka mata dan minda untuk memilih percutian yang bagus dalam negara.

“Bagi pemain industri pelancongan pula, geran padanan yang diberikan oleh kerajaan boleh digunakan semaksimum mungkin untuk membuat lebih banyak pemasaran berkaitan produk dan pakej yang disediakan oleh mereka. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU