ARTIKEL

Mumtaz Zahra Baloch

Pakistan bidas sekatan AS ke atas firma pembekal item misil balistik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI, India: Pakistan membidas Amerika Syarikat (AS) semalam kerana mengenakan sekatan terhadap tiga firma China dan sebuah syarikat Belarus yang membekalkan item yang dapat digunakan bagi peluru berpandu kepada program misil balistik Pakistan.
  
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Mumtaz Zahra Baloch, berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti. 

“Sementara kami tidak mengetahui perincian langkah terkini oleh AS, pada masa lepas kami menemukan banyak contoh bahawa senarai dibuat hanya berdasarkan syak wasangka, malah item yang terlibat tiada dalam sebarang senarai kawalan tetapi lebih kepada kesensitifan di bawah peruntukan yang merangkumkan semua perkara,” katanya.

Pakistan mendakwa AS mengguna pakai pendekatan dwistandard dalam isu pembangunan senjata. 

“Pakistan menolak penggunaan politik dalam kawalan eksport.

“Ia adalah satu realiti bahawa bidang kuasa sama yang mendakwa melaksanakan pengawalan senjata yang ketat, mengecualikan keperluan pelesenan bagi teknologi maju ketenteraan buat beberapa negara,” kata Baloch.

Pada Jumaat, AS mengenakan sekatan terhadap syarikat China dan Belarus berkaitan dakwaan mereka membekalkan item yang dapat digunakan untuk peluru berpandu kepada sektor senjata Pakistan. 

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan pada Jumaat mengenal pasti syarikat berpangkalan di Belarus, Minsk Wheel Tractor Plant, dan kumpulan perniagaan China, Xi’an Longde Technology Development Co. Ltd, Tianjin Creative Source International Trade Co. Ltd and Granpect Co. Ltd.

Ia mendakwa keempat-empat syarikat itu telah membekalkan  item yang dapat digunakan untuk peluru berpandu kepada program misil balistik Pakistan, termasuk program misil jarak jauh. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA