ARTIKEL

Paksa bunuh buaya memburu di bawah rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penduduk Rh Stephen, Ulu Niah di sini terpaksa membunuh seekor buaya yang memburu di bawah rumah panjang mereka ketika dinaiki air.

Bangkai buaya dialihkan dari rumah panjang tersebut.

Menurut Tuai Rumah Changgai, tindakan itu dibuat apabila reptilia sepanjang 10 kaki itu bertindak agresif.

“Penduduk rumah panjang tersebut terpaksa membunuh buaya itu kerana cuba membaham ayam dan pergi ke laluan pejalan kaki rumah panjang itu,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Rumah panjang berkenaan terletak bersebelahan dengan Sungai Sebubok, Niah dan dinaiki air tiga hari yang lalu.

“Setiap kali hujan lebat berlaku, air sungai melimpah dan membanjiri rumah panjang,” kata Tuai Rumah Changgai, yang rumahnya terletak bersebelahan Rh Stephen.

Sementara, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, dua anggota bomba dari BBP Batu Niah dikerahkan ke lokasi awal pagi tadi sejurus menerima panggilan pada jam 6.59 pagi.

Bangkai buaya tersebut telah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU