ARTIKEL

Palestin layak ke pusingan 16 pasukan terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DOHA: Di sebalik kesukaran dihadapi akibat peperangan di Gaza, Palestin mencipta sejarah apabila layak ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 buat kali pertama, selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini malam ini.

Walaupun ia merupakan kemenangan pertama mereka dalam sejarah pusingan akhir Piala Asia, namun ia sudah cukup untuk Palestin mendapatkan tempat ke peringkat 16 terakhir, selepas muncul satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Penyerang Oday Dabbagh muncul pemain paling menonjol apabila menjaringkan dua gol manakala Zeid Qunbar menyumbang satu gol, membolehkan Palestin menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C dengan mengumpul empat mata.

Iran mengungguli Kumpulan C selepas mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1, yang berada di kedudukan kedua, mengatasi Palestin dengan perbezaan jaringan.

Palestin mempamerkan permainan agresif sejurus bermulanya babak pertama dan Dabbagh hampir membolosi gawang lawan pada minit keempat, selepas menerima umpanan Mus’ab Al Battat namun percubaannya berjaya ditepis keluar pertahanan Hong Kong, Oliver Gerbig.

Baca lain  Liga M4: Machan FC buru kemenangan ketiga

Hong Kong cuba membalas serangan menerusi percubaan Yue Tze Nam dan dan Everton Camargo namun Palestin meneruskan penguasaan sebelum tandukan Dabbagh yang menyempurnakan hantaran lintang Al Battat singgah ke dalam gawang lawan sekali gus meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-12.

Palestin meneruskan tekanan terhadap pasukan lawan dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-48 menerusi Qunbar yang menanduk kemas hantaran lintang Al Battat, sebelum Dabbagh menjaringkan gol keduanya, yang juga gol kemenangan Palestin pada minit ke-85.
Pada penghujung perlawanan, Hong Kong dihadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan sistem video bantuan pengadil (VAR) namun Everton gagal menyempurnakannya dengan baik sekali gus memberi peluang Palestin mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas tiga kali percubaan.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, dua jaringan pemain tengah Mehdi Taremi membolehkan Iran mengatasi UAE 2-1 dalam perlawanan di Stadium Education City.

Iran menghasilkan gol pertama pada minit ke-25 apabila Taremi memanfaatkan hantaran cantik Sardar Azmoun.

Baca lain  JDT terbaik Asia Tenggara

Iran hampir selesa dengan jaringan kedua pada minit ke-33 namun gol Ali Gholizadeh tidak dikira kerana ofsaid selepas pemeriksaan VAR.

Pada babak kedua, Azmoun hampir menambah jaringan buat Iran, namun sepakannya tersasar sebelum Taremi berjaya meletakkan Iran selesa dengan gol kedua pada minit ke-65.

UAE berjaya mengurangkan defisit menerusi gol sagu hati Yahya Al Ghassani pada masa tambahan.– BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU