Trending

Palestin sambut ulang tahun ke-47

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

RAMALLAH: Rakyat Palestin semalam meraikan ulang tahun ke-47 ‘Land Day’ di tengah-tengah gesaan supaya Israel menamatkan pendudukannya di wilayah Palestin sejak 1967, lapor Xinhua.

Mereka juga menggesa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

Beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin berkumpul berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza timur dengan Israel sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk menuntut penamatan pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka serta melaungkan slogan anti-Israel.

Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin masih berpegang kepada hak mereka yang sah.

Di Tebing Barat, demonstrasi turut dijadual berlangsung di beberapa bandar dan kampung hari ini.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye menyelar pencerobohan Israel ke atas ‘Suara Palestin’ sebagai agresif dan berkata pendudukan Israel adalah berasaskan penempatan, penindasan dan pembunuhan.

Ishtaye menyeru rakyat Palestin supaya bersatu semula dan menamatkan perpecahan dalam kalangan mereka, terutama antara Hamas dengan parti Presiden Palestin Mahmoud Abbas Fatah, sejak 2007.

Land Day bermula sejak 30 Mac 1976, apabila rakyat Palestin di Israel memprotes rampasan Israel ke atas kira-kira 2,100 hektar tanah kampung Palestin di wilayah Galilee di utara Israel.

Protes 1976 berlaku di kampung Arraba, Sakhnin, Deir Hanna, Arab al-Sawa’id dan lain-lain.

Tanah di kampung itu dirampas untuk membina lebih banyak penempatan Israel. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru