HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Paling awal tiba di pusat mengundi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PANTU: Warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) antara pengundi yang paling awal tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Tuba, sebentar tadi.

Chaking Meribin, 76, diiringi oleh anak saudaranya Tawi Selat, 51, tiba seawal jam 6.10 pagi untuk menjalankan tanggungjawab memlilih calon Pilihan Raya Negeri (PRN-12) bagi Dun Balai Ringin.

Selain Chaking, turut tiba awal ialah beberapa warga emas lain yang yang diusung oleh anak dan cucu mereka.

Dun Balai Ringin menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Snowdan Lawan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Masir Kujat dan Parti Pribumi Kenyalang (PBK) Kasim Mana.

Chaking diiringi oleh anak saudaranya Tawi tiba seawal jam 6.10 pagi di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Tuba.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru