ARTIKEL

JOM…Orang ramai dijemput hadir ke SFCF 2024, 10 Mei hingga 19 Mei ini di Pusat Beli Belah Aiman Mall, Kota Samarahan.

Pameran 70 jenis ulam-ulaman bakal cipta rekod Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelbagai jenis ulam-ulaman tempatan akan dipamerkan pada Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan (SFCF) 2024, sekali gus mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival yang disokong oleh kementeriannya itu akan berlansung pada 10 Mei hingga 19 Mei depan di pusat beli belah Aiman Mall, Kota Samarahan.

Katanya, percubaan SFCF untuk mempamerkan sebanyak 70 jenis ulam-ulaman itu akan mempromosikan negeri ini menerusi makanan tradisinya.

“Ini tidak pernah dilakukan dan kita amat menyukai ulam. Kita juga tidak tahu terdapat pelbagai jenis ulam.

“Ia juga akan mempromosikan Sarawak dalam makanan tradisional dan kita juga akan dikenali sebagai tempat yang memperolehi ulam-ulam ini.

“Kalau produk ini dapat diuar-uarkan, petani boleh menanam lebih banyak untuk dijual dan mungkin sehingga peringkat ia dieksport,” katanya pada sidang media SFCF 2024 di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Datuk Peter Minos.

Baca lain  Syor komputer riba percuma untuk pelajar
ULAM…Abdul Karim dan Peter Minos menunjukkan poster pelbagai jenis ulam yang akan dipamerkan pada SFCF 2024.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, sebanyak 83 gerai jualan akan disediakan sepanjang acara tersebut seperti jualan makanan dan minuman, makanan tradisional dan makanan kering, pameran kraftangan serta automotif, perbankan, telekomunikasi dan lain-lain.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata, kebudayaan pelbagai kaum akan turut diadakan setiap malam.

“Antaranya, adalah seperti persembahan bermukun, persembahan zapin sindang, persembahan okestra Cina, persembahan gendang 24 musim (Cina), gendang pampat Iban, peragaan pakaian tradisional kaum Bugis, persembahan tarian serta muzik kaum Bugus dan persembahan Ngajat Iban dan Bidayuh,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang acara seperti pertandingan masakan berasaskan ikan terubok, ilan bulu dan ikan pari setta pesta makan nanas-makan nanas sampai puas

Katanya, turut diadakan peragaan pakaian kontemporari (kanak-kanak dan remaja), cabaran aerobathon, Samarahan Got Talent iaitu bintang kecil Samarahan Got Talent, Bintang Samarahan Got Talent dan Otai Steady Samarahan Got Talent, Cosplay Show, pertandingan mewarna kanak-kanak dan warga emas, pameran dan demonstrasi manik dan bakul LV Sarawak, big bike gathering, autoshow dan persembahan artis jemputan.

Baca lain  Balai Polis Siniawan bakal jadi muzium PDRM pertama Sarawak

SCFC tahun ini akan dirasmikan oleh beliau sendiri sementara majlis penangguhan akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual